fbpx

Kenaikan kadar sewa kapal pacu hasil tinggi bagi Marine & General

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Marine & General Berhad (M&G) mencatat pendapatan sebanyak RM91.2 juta bagi suku berakhir 31 Julai  2024, naik sebanyak 7.8 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Pertumbuhan ini dipacu oleh kenaikan kadar sewa bagi kapal sokongan pesisir laut (OSV) seiring dengan peningkatan aktiviti dalam aktiviti penggerudian serta perkembangan ekonomi yang semakin baik di rantau ini.

Penggunaan kapal untuk bahagian hiliran dan huluan adalah masing-masing sebanyak 77 peratus dan 91 peratus berbanding tempoh sebelum ini iaitu 78 peratus dan 85 peratus masing-masing.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bahagian huluan terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan Kumpulan dengan mewakili 77 peratus bagi suku tersebut manakala bahagian hiliran menyumbang sebanyak 23 peratus.

“Susulan daripada prestasi pendapatan yang kukuh ini, Kumpulan merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM17.5 juta, naik RM6.1 peratus berbanding RM11.4 million bagi suku yang sama tahun sebelumnya,” jelasnya.

Bahagian  huluan mencatat pendapatan sebanyak RM70.4 juta, melonjak sebanyak 11.2 peratus berbanding tempoh sebelumnya dan ini disumbangkan oleh kadar sewa yang tinggi khususnya dalam segmen kapal 70M AHTS bersesuaian dengan pertambahan aktiviti pendrilan.

Bagi bahagian hiliran pula, pendapatan yang dijana adalah sebanyak  RM20.8 juta, rendah sikit daripada RM21.3 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Penyusutan hasil ini adalah kerana pelupusan dua kapal tangki pada suku ketiga dan keempat tahun ini. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI