fbpx

Jual ganja bentuk belacan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Tawau menahan seorang pemandu lori selepas menemui 3,322.72 gram ganja bernilai RM10,380 dalam serbuan di kawasan lorong Industri Megah 2 pada 23 September lalu. Foto Ivan Amirul

TAWAU – Polis memberkas seorang pemandu lori selepas menjumpai 3.3 kilogram ganja bernilai RM10,380 dalam serbuan di kawasan lorong Industri Megah 2 di sini baru-baru ini.

Suspek tempatan berusia 39 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tawau.

Difahamkan, sebahagian ganja itu berbentuk seperti belacan bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak atas maklumat pasukan serbuan menemukan ganja seberat 9.98 gram ketika pemeriksaan dijalankan ke atas lelaki terbabit.

Hasil soal siasat, suspek mengaku menyembunyikan lebihan ganja di rumahnya di Bandar Sri Indah, Fasa 3.

“Hasil serbuan itu, kita menjumpai 3.322.72g ganja bernilai RM10,380,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini hari ini.

Siasatan lanjut mendapati suspek aktif mengedar dadah sejak setahun lalu di sekitar Tawau dan modus operandi adalah dengan menghantar sendiri ganja tersebut kepada pelanggan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI