fbpx

Jamal Abdillah guna ‘sabun papaya’ jaga kulit wajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamal Abdillah mengamalkan gaya hidup sihat termasuk dari segi pemakanan untuk kekal awet muda.

SHAH ALAM – Tidak mempunyai sebarang petua, penyanyi popular Datuk Jamal Abdillah hanya mengamalkan gaya hidup sihat bagi memastikan dirinya sentiasa bertenaga setiap kali mengadakan persembahan.

Jamal atau nama penuhnya Jamal Ubaidillah Mohd. Ali berkata, selain gaya hidup sihat, dia juga percaya kesihatan yang baik dimiliki hari ini adalah disebabkan faktor keturunan.

“Mungkin ini adalah faktor keturunan sebab arwah ayah saya masa umur 75 tahun pun masih tiada uban.

“Tiada apa sangat pun cuma kesihatan perlu dijaga dan setiap hari kena joging.

“Pemakanan pun perlu dijaga dan saya amalkan suplemen mengandungi halia, bawang putih dan kayu manis tetapi semua itu import,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion di sini, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai tip penjagaan kulit wajah yang diamalkan, pelantun lagu Gadis Melayu itu memberitahu, hanya menggunakan sabun pencuci muka yang dikenali sebagai ‘sabun papaya’.

“Kalau untuk pencuci muka saya pakai sabun papaya dan masih dijual sehingga hari ini.

“Sabun itu sebenarnya sangat bagus itu jerawat dan luka, memang saya sarankan untuk pakai,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia bakal bergandingan dengan seorang lagi penyanyi legenda negara iaitu Datuk Hattan bagi Konsert Amal Night of Love & Compassion yang bakal diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 14 Disember depan.

Konsert tersebut merupakan anjuran Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud Besut Terengganu (TMESA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI