fbpx

‘Ini PM Madani, warung setiap minggu selama lima tahun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan amalan makan di warung dan gerai sebelum solat Jumaat sebagai pendekatan terbaik dalam mendengar masalah rakyat.

Anwar berkata, ini juga adalah bagi beliau untuk belajar mengenai aspek-aspek yang membelenggu masyarakat terutama berkaitan kos sara hidup.

“Selalu saya tiap hari Jumaat, saya makan di warung, apa tidak boleh. Ramai orang nak sambut saya di hotel besar dan lima bintang.

“Sebab (apa makan di warung dan gerai biasa) hendak dengar masalah. Sewa berapa dan kemudahan di warung bagaimana. Masalah harga barang dan kemudian saya cuba selesai sebaik mungkin.

“Untuk saya belajar. Bukan saya tidak tahu apa miskin tetapi itu amalan saya tiap minggu makan di warung atau gerai bersama rakyat untuk dengar dan prihatin,” katanya ketika berucap pada majlis Ramah Mesra bersama Komuniti Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Klang, hari ini.

Beliau turut menegaskan tidak akan menunggu ketika pilihan raya bagi mendekati rakyat yang merupakan tunjang negara.

“Pemimpin-pemimpin pun ramai pergi warung tahu masa mana, masa kempen pilihan raya. Masa itu nak pegang anak kecil, cium anak dan pergi warung.

“Saya tidak. Ini Perdana Menteri kerajaan Madani, warung setiap minggu selama lima tahun, insya- Allah,” katanya.

Anwar yang menjadi Perdana Menteri sejak 24 November 2022 menjadikan kunjungan ke warung atau gerai makan setiap hari Jumaat sebagai ‘trademark’ beliau sebelum solat bersama rakyat.

Pendekatan digunakan Anwar itu secara langsung disenangi sebagai pemimpin berjiwa rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI