fbpx

ICAP umum pembayaran dividen interim sulung 10.41 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Teng Boo

PETALING JAYA – icapital.biz Bhd (ICAP), satu-satunya dana tertutup tersenarai di negara ini telah mengumumkan pembayaran dividen interim sulungnya sebanyak 10.41 sen untuk setiap saham ICAP bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2025.

Pelan pelaburan semula dividen (DRP) syarikat ini juga akan diguna pakai untuk keseluruhan bahagian dividen interim ini.

Ini bermaksud pemegang saham akan diberi pilihan untuk melabur semula dividen interim mereka ke dalam saham ICAP baharu.

Pihak Lembaga ICAP juga menetapkan harga terbitan saham baharu yang akan diterbitkan berikutan DRP pada RM2.92 sesaham lima hari sejurus sebelum tarikh penetapan harga RM3.02 dan merupakan dividen ex-interim.

Tarikh kelayakan bagi dividen interim akan diumumkan selepas kelulusan diperolehi daripada Bursa Malaysia untuk penyenaraian dan sebut harga saham baharu.

Jurucakap ICAP, Tan Teng Boo berkata, pihaknya mereka bentuk dasar dividen yang sangat inovatif ini untuk menangani keperluan pelbagai pemilik saham dan juga bagi  mereka yang mencari peningkatan modal jangka panjang, mereka yang memerlukan pengagihan tetap dan mereka yang mungkin memerlukan tunai dalam pegangan mereka.

“DRP menunjukkan kami yakin dengan prospek pertumbuhan ICAP. Jika pemegang saham percaya pada peningkatan modal jangka panjang ICAP, maka DRP menyediakan jalan yang baik untuk pemegang saham mengekalkan penyertaan mereka dalam ICAP,” jelasnya.

Untuk makluman, dasar dividen inovatif ICAP pertama kali diumumkan pada 29 September 2023.

Dalam pada itu, ICAP akan menganjurkan Hari Pelabur 2024 pada 26 dan 27 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI