fbpx

‘Ibu tiri terbaik, cepat kahwin’ – Adira disamakan dengan Ashanty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIRA disifatkan netizen sebagai ibu yang penyayang dan sentiasa menyantuni anak-anak tirinya.

PETALING JAYA – Berjiwa penyayang, perkongsian pelakon dan penyanyi Adira meraikan ulang tahun kelahiran anak tirinya iaitu Awin mendapat pujian warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram itu, Adira atau nama lengkapnya  Siti Adira Suhaimi, 32, tampak gembira menikmati malam malam bersama keluarga sempena sambutan hari jadi Awin.

“Habis kerja tadi Ami (nama panggilan Adira) pergi makan malam dengan anak-anak.

“Esok (hari ini) Awin hendak sambung belajar di Terengganu. Maaf Ami tidak dapat hantar.

“Ami doakan yang baik-baik untuk Awin. Nanti Ami dengan Kak Ziera datang melawat Awin,” katanya.

Video itu menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji sikap Adira menjaga hubungan baik dengan anak tiri.

Malah ada menyamakan Adira dengan penyanyi popular Indonesia, Ashanty yang turut menjaga hubungan baik dengan dua anak tirinya, Azriel Hermansyah dan Aurel Hermansyah.

“Kalau di Indonesia ibu sambung (ibu tiri) terbaik ialah bunda Ashanty. Kalau di Malaysia, ibu sambung terbaik Ami,” kata netizen.

Dalam pada itu, ramai pengikutnya berharap Adira dan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red segera mendirikan rumah tangga.

“Bahagia betul tengok Adira dengan anak tiri berbaik seperti ini. Moga cepat bertemu jodoh dengan Datuk Red.

“Doakan semoga hasrat Datuk Red dan Adira ingin bersama dipermudahkan. Jangan tunggu lama-lama, benda baik harus dipercepatkan.

“Seronok tengok Adira dengan anak Datuk Red. Nampak macam adik-beradik,” demikian antara komen netizen.

Sebelum ini Datuk Red memaklumkan akan berkahwin semula dengan dengan Adira pada Aidilfitri tahun depan.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu selepas sembilan tahun hidup bersama pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI