fbpx

Geng ‘Wira Tempang’ penyamar polis dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Kegiatan geng samun dikenali ‘Wira Tempang’ yang melakukan jenayah dengan menyamar polis berjaya ditumpaskan menerusi serbuan di sekitar daerah ini dan Pelabuhan Klang.

Kesemua suspek lelaki termasuk ketuanya yang berusia 23 hingga 54 tahun tersebut ditangkap kira-kira pukul 9 malam, Isnin lalu serta 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, penangkapan mereka susulan laporan dibuat seorang peniaga lelaki warga Bangladesh yang disamun kumpulan suspek itu pada pukul 9. 34 malam, 19 September lalu.

Katanya, kejadian berlaku semasa mangsa bersendirian di pekarangan hadapan sebuah blok flat di Seksyen 25 di sini.

“Kumpulan suspek yang menyamar sebagai anggota polis tersebut telah memukul dan merampas wang tunai berjumlah RM7,000 beserta dua buah telefon bimbit milik mangsa.

“Salah seorang dari suspek dikenali dengan nama panggilan ‘Wira Tempang’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, semakan mendapati ketua kumpulan itu dikenali Wira Tempang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai penarik kereta dan mempunyai satu rekod jenayah.

Ujarnya, lima suspek kini direman selama tujuh hari manakala dua lagi akan dipohon reman esok.

“Semakan mendapati kesemua ahli geng ini mempunyai rekod lampau. Hasil siasatan juga mendapati kesemua saspek terlibat bukan anggota polis dan tiada penglibatan anggota polis dalam kejadian ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk jumlah kes samun yang dilakukan mereka,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI