fbpx

Ee Wei sempat layak biarpun terima 16 jahitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE Wei terpaksa berehat buat sementara waktu selepas menerima 16 jahitan akibat terkena serpihan kaca dalam satu insiden kemalangan di ABM minggu lalu.

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei masih berpeluang untuk layak ke Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) biarpun dibelenggu masalah kecederaan serius.

Ia susulan tragedi menimpa Ee Wei yang ketika ini terpaksa direhatkan selepas menerima 16 jahitan akibat kemalangan di Gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara baru-baru ini.

Jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto berkata, biarpun anak didiknya itu terlepas beraksi di Terbuka Arctic dan Terbuka Denmark bulan depan, namun berdasarkan ranking semasa Jelajah Dunia Akhir dikemaskini pada Selasa, pasangan itu masih berada di zon selesa apabila menghuni tangga kedua ketika

“Peluang ke Jelajah Dunia Akhir BWF masih besar kerana jika kedudukan pemain dalam ranking lima terbaik, kebanyakan mereka sudah bertukar pasangan. Dalam kedudukan lapan terbaik, kebanyakan pemain baru dan prestasi mereka tidak begitu konsisten.

“Disebabkan itu, saya masih yakin peluang untuk layak masih ada dan kita akan lihat juga ranking semasa selepas dua kejohanan itu (Terbuka Arctic dan Terbuka Denmark),” katanya ketika ditemui di ABM semalam.

Justeru, Nova berharap pasangan negara itu memanfaatkan sesi pemulihan tersebut sebaik-baiknya agar memastikan mereka mampu turun dengan keadaan 100 peratus cergas dan berharap di Korea Masters mahupun Jepun Masters.

“Kalau ranking mereka jatuh (Jelajah Akhir Dunia), mungkin paling awal akan sertai Korea Masters tetapi jika sebaliknya, mereka akan beraksi di Jepun Masters.

“Kita juga tidak mahu terlalu tergesa-gesa untuk menurunkan mereka lebih awal sebab kalau masih belum cergas sepenuhnya, ia akan beri kesan buruk,” katanya.

Kelmarin, BAM melaporkan Ee Wei mengalami kemalangan tak diduga di Gimnasium ABM minggu lalu hingga menyebabkan atlet berusia 24 tahun itu terpaksa menerima 16 jahitan akibat terkena serpihan kaca selepas dia tergelincir ketika memegang dumbel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN