fbpx

DPTN membuahkan hasil, 622 huffaz sambung pengajian di UniKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID (tiga dari kanan) meletakan tangan ke atas glob sebagai simbolik perasmian Gegar Jejak Kerjaya MYFutureJobs Orang Mahkota 2024 bersama HAWA Malaysia di Kluang, hari ini.

KLUANG – Usaha kerajaan melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang memperkemas Sijil Tahfiz Malaysia 2.0, Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) dan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) telah membuahkan hasil apabila dapat melahirkan golongan hafazan al-Quran yang memiliki kelayakan profesional.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, buktinya pada tahun ini sahaja seramai 622 huffaz yang menghafal 30 juzuk al-Quran telah mendapat tempat di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Mereka bukan hanya menjadi juruteknik malah turut dilatih menjadi jurutera penerbangan kapal terbang. Pihak Airbus dan Boeing telah menghantar peralatan dan tenaga pengajar ke fakulti Institut Teknologi Penerbangan UniKL dan ketika ini seramai 17 orang daripada huffaz itu telah menjadi jurutera dalam penerbangan.

“Mereka bekerja di Airbus dan Boeing, ini saya bercakap bukan peringkat merancang tetapi kita telah lakukan dalam masa yang singkat kita telah melihat kejayaan ekosistem pendidikan yang baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perasmian Gegar Jejak Kerjaya MYFutureJobs Orang Mahkota 2024 bersama HAWA Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Ahmad Zahid berkata, kejayaan itu adalah hasil memperkasakan Program Eksplorasi TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan Tahfiz dalam sistem pendidikan negara.

Ujarnya, inisiatif itu tidak lain dan tidak bukan demi pembangunan huffaz yang seimbang antara ilmu agama dengan kemahiran duniawi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI