fbpx

Dalang buang lapan tong sisa kimia dalam parit dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan tong sisa buangan disyaki berisi cecair kimia ditemui di, Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, 27 September lalu.

SUNGAI BULOH – Polis menjalankan siasatan berhubung kes pembuangan lapan tong berisi sisa kimia yang ditemukan dalam parit di Kampung Desa Aman, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menghantar sisa kimia terbabit kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Setakat ini kita ada mengambil keterangan tiga saksi terdiri daripada pihak bomba, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan orang awam.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan dalang di sebalik kegiatan terbabit selain saksi berkaitan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujar beliau, siasatan dibuka di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan atas kesalahan bencana terhadap tali air.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, lapan tong berkenaan sudah dibawa ke tapak pelupusan selamat di Bukit Tagar, malam tadi.

“Berdasarkan semakan awal yang dilakukan mendapati sisa kimia berkenaan disyaki sebagai larutan ammonia.

“Kami sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu (pembuangan bahan kimia berkenaan) bagi mengesan pelaku,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan sebanyak lapan tong sisa buangan dipercayai bahan kimia jenis cecair ditemui di dalam sebuah parit di Jalan D-A1, Kampung Desa Aman, di sini, Selasa lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI