fbpx

Bosan duduk rumah, perenang pecah rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCKEOWN masih segar dengan kejayaan memenangi dua pingat emas Olimpik Paris bulan lalu. - AFP

ADELAIDE – Bintang renang Australia, Kaylee McKeown melakukan kejutan apabila berjaya memecahkan rekod dunia 100 meter (m) kuak lentang wanita biarpun membuat keputusan menyertai kejohanan kebangsaan pada saat akhir di Adelaide, Australia.

Perenang berusia 23 tahun itu yang baru sahaja memenangi dua pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dalam acara 100m dan 200m, berjaya mencatat masa 54.56 saat (s).

Catatan masa terbaiknya itu sekali gus mengatasi rekod terdahulu yang dipegang oleh rakan senegaranya, Minna Atherton yang dilakukan di Budapest, Hungary pada 2019.

McKeown menegaskan bahawa dia tidak menjangkakan mampu memecah rekod dunia kerana menyertai kejohanan di Adelaide kerana bosan duduk dirumah.

“Saya rasa bosan di rumah, jadi saya buat keputusan untuk kembali berlatih dua minggu lepas. Kami melakukan beberapa latihan luar biasa,” katanya.

Walaupun sudah layak ke Kejohanan Dunia di Budapest pada Disember ini hasil kemenangan di pentas Olimpik, McKeown berkata, dia masih belum membuat keputusan sama ada mahu mengambil bahagian ataupun tidak.

“Saya akan lihat bagaimana perasaan saya selepas ini kerana kalau boleh saya tidak mahu beri tekanan kepada diri sendiri,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI