fbpx

BMW i8 terbakar di Kesas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta mewah musnah terbakar sepenuhnya dalam kejadian berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Petaling, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta mewah musnah terbakar sepenuhnya dalam kejadian berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Petaling, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar pukul 12.17 tengah hari tadi.

Susulan itu, seramai enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dikejarkan ke lokasi terbabit.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, terdapat sebuah kereta hybrid jenis BMW i8 terbakar. Bagaimanapun, kebakaran terbabit berjaya dikawal sekitar pukul 12.29 tengah hari dan mangsa yang juga pemandu selamat,” katanya.

Kata kenyataan itu, kemusnahan kebakaran dianggarkan 100 peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan unit forensik. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI