fbpx

Bapa, 3 anak lupus buku Abuya, Al-Arqam disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dan tiga anak lelakinya semasa tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk prosiding reman pada Rabu lalu.

KOTA BHARU – Reman ke atas bapa dan tiga anak lelakinya disambung tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes membakar dan menanam buku berkaitan Al-Arqam dan Abuya di Kampung Panji di sini pada Sabtu lalu.

Perintah lanjutan reman bermula esok sehingga Isnin ini terhadap suspek berusia 15 hingga 48 tahun itu dibenarkan Majistret Rais Imran Hamid.

Tahanan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas empat beranak tersebut mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini, empat beranak disyaki pengikut GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) direman selama tiga hari bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan.

Mereka dipercayai ditahan di Johor Bahru pada Selasa lalu sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pelbagai jenis buku berkaitan doktrin dipercyai diperjuangkan GISBH dikesan ditanam dan dibakar berhampiran rumah keluarga ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu di Kampung Panji di sini.

Puluhan buku yang sebahagiannya tertera gambar Abuya itu ditanam di tepi sungai selepas pemimpin tertinggi GISBH ditahan polis menerusi Op Global pada Khamis minggu lalu.

Sebahagian besar buku tersebut pula dibakar dan keadaan di lokasi pembakaran didapati masih berbau asap semasa serbuan dijalankan.

Taktik itu terbongkar selepas polis melakukan serbuan yang turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan.

Terbaharu, pelbagai jenis buku berkaitan Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah dirampas di sebuah rumah amal dan sekolah milik GISBH di Gong Kulim, Pasir Puteh pada 24 September lepas.

Kesemua buku itu ditemukan di dalam stor rumah amal terbabit dalam operasi selama tiga jam yang bermula pada pukul 9 pagi. Kesemua barangan rampasan itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa terpaksa memecah pintu rumah dan sekolah yang sudah tidak berpenghuni kerana berkunci. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI