fbpx

Bangunan condong tunggu ditelan lubang benam ‘raksasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lubang benam gergasi terbentuk di Nishi Ward. - Foto @ChugokuShimbun/X

TOKYO  – Sebuah lubang benam gergasi yang terbentuk menyebabkan beberapa buah bangunan condong di Hiroshima, Jepun, lapor portal berita MSNews semalam.

Lubang benam sangat besar yang terbentuk di sebuah persimpangan di Nishi Ward itu turut mengakibatkan sebahagian jalan raya runtuh.

Pihak berkuasa mengesyaki lubang benam itu terbentuk semalam disebabkan oleh paip air bawah tanah pecah.

Air paip di kawasan sekitar dilaporkan bertukar keruh dan kuning.

Keretakan juga terbentuk pada beberapa  bangunan yang terletak berdekatan lubang benam tersebut.

Pintu hadapan sebuah bangunan yang mula condong pula  tidak dapat dibuka, menyebabkan penghuni di dalamnya terperangkap.

Pasukan bomba bagaimanapun bertindak segera untuk menyelamatkan mereka.

Pihak berkuasa kini menggesa penduduk tempatan mengosongkan kawasan itu kerana bimbang bangunan itu akhirnya akan runtuh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI