fbpx

Anak meninggal dunia selepas majikan tolak cuti kecemasan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan perbualan bersama majikannya berhubung cuti kecemasan yang ditolak. - TikTok

JAKARTA – Seorang pekerja di Indonesia mengundang perhatian orang ramai kerana mendedahkan bahawa anaknya meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti kecemasan ditolak oleh majikan, lapor portal berita Abata News semalam. 

Gambar yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @uwr2021 memaparkan perbualan  bersama majikannya berhubung cuti yang ditolak. 

Wanita itu meminta untuk pulang ke rumah kerana anaknya sedang sakit. 

Lebih mengejutkan, majikan berkenaan tanpa belas kasihan sempat bertanya tentang suaminya dan menyuruh si suami menguruskan kanak-kanak tersebut. 

“Saya tetap pulang ke rumah meskipun ditolak oleh majikan. Anak saya meninggal dunia. Satu penyesalan yang saya tidak pernah lupa sampai sekarang,” kata si ibu.

Perkongsian itu mencatatkan lebih 578,200 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen.

“Apa salahnya jadi manusia yang baik dan memahami!” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI