fbpx

83,752 pelajar terima manfaat Program Anak Kita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika sidang media selepas Peluncuran Program Anak kita: Semarak Potensi Malaysia di Batang Kali, hari ini. - Foto M. Firdaus M. Johari./ Kosmo!

BATANG KALI – Seramai 83,752 pelajar dan 3,458 sekolah menerima manfaat daripada Program Anak Kita bagi mengatasi isu keciciran pembelajaran di negara ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Program Anak Kita merupakan salah satu inisiatif bidang keutamaan kerajaan di bawah fokus Reformasi Pendidikan yang direka khusus untuk menangani masalah keciciran pembelajaran di Malaysia.

“Program Anak Kita dibahagikan kepada tiga program utama iaitu Program 3M (sekolah rendah), Program Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (sekolah menengah) dan Program Murid Cicir (sekolah rendah dan menengah).

“Bagi fasa pertama program ini melibatkan tujuh negeri untuk Program 3M iaitu Johor, Perak, Selangor, Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak manakala Program SPM melibatkan negeri di seluruh negara. Program Murid Cicir pula melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak bagi fasa permulaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Peluncuran Program Anak kita: Semarak Potensi Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Fadhlina, KPM dan Kementerian Kewangan (MOF) adalah peneraju utama program tersebut yang memainkan peranan penting dalam menetapkan visi dan objektif keseluruhan.

“Pengendalian program ini dilaksanakan oleh Yayasan Hasanah, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional bersama tiga universiti awam dan tujuh organisasi masyarakat sivil,” katanya.

Selain itu, program tersebut turut mendapat sokongan daripada Badan Antarabangsa seperti Bank Dunia, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta syarikat teknologi gergasi, Microsoft dan Google. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI