fbpx

‘Luar nampak kuat tapi hampir setiap malam Fazura menangis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus Fazura iaitu Iman Tang mendedahkan aktres itu sangat bersedih dengan kemelut rumah tangganya dengan Fattah.

PETALING JAYA – Wajah tenang dan ceria ketika menghadiri prosiding kes cerai di mahkamah sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi, pengurus kepada pelakon Fazura iaitu Iman Tang mendedahkan emosi sebenar aktres tersebut sebenarnya sedang berkecamuk.

Iman atau nama sebenarnya Nur Iman Tang, 49 berkata, Fazura terkesan dengan kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya bersama pelakon Fattah Amin sehingga sering menangis ketika meluahkan isi hati kepadanya.

“Ada yang kata Fazura depan media boleh senyum, takkanlah dia nak menangis. Sebenarnya dia memang sedih, setiap malam bersedih. Kadang-kala, kami berborak hingga lewat malam dan saya juga menjadi saksi dia tidak dapat menahan air matanya itu.

“Mana-mana wanita yang mengimpikan alam perkahwinan yang bahagia juga tidak ingin perkara sebegitu berlaku. Jadi janganlah kita salah mentafsir.

“Saya tahu dia (Fazura) kuat. Tapi apabila dia telefon saya dan menangis, saya katakan kepadanya, menangislah sepuas-puasnya agar dia lega, jangan tertekan dan memendam perasaan,” katanya kepada HibGlam.

Disoal sama ada Fattah pernah berkongsi hal rumah tangganya, Iman berkata, aktor terbabit tidak pernah bercerita kepadanya perihal perkahwinan mereka sebaliknya hanya meminta nasihat berkaitan kerja.

“Fattah tidak pernah kongsi atau minta nasihat dari saya berkaitan rumah tangganya. Dia ada hubungi saya tapi tidak bercakap mengenai Fazura sebaliknya minta nasihat mengenai kerjaya.

“Selepas permohonan cerai dilakukan Fazura pun, Fattah tidak cuba hubungi saya dan kalau dia tanya mungkin saya boleh bantu.

“Saya juga tak gembira dan sebagai seorang muslim saya pun enggan masjid yang dibina sahabat kita runtuh. Siapa sangka keluarga sempurna Fazura, Fattah dan Fatima boleh sampai ke penghujung sebegini,” ujarnya lagi.

Iman berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Govinda: Hal Hebat, di sini, semalam.

Terdahulu, Fattah dilaporkan belum bersedia untuk melepaskan Fazura ketika sebutan kes permohonan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, kelmarin.

Mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan berkenaan ke tarikh baharu, iaitu pada 7 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI