fbpx

62,635 kenderaan persendirian Singapura aktifkan tag RFID Permit VEP setakat Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Sejumlah 62,635 kenderaan persendirian Singapura mengaktifkan tag RFID Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) setakat 25 September lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, ia sebagai persediaan penguatkuasaan VEP di sempadan darat Malaysia-Singapura yang akan dilaksanakan bermula 1 Oktober ini secara berfasa.

Katanya, semua kenderaan asing Singapura yang belum memiliki VEP masih boleh memasuki Malaysia seperti biasa.

“Walau bagaimanapun, mereka yang belum mendapatkan tag RFID VEP akan diberi peringatan di pintu masuk untuk segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP.

“Mereka boleh berbuat demikian di mana-mana pusat pemasangan VEP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara lokasinya adalah di Pejabat TCSens, Danga Bay, Johor Bahru, Akademi JPJ Wilayah Selatan, Johor Bahru, Pejabat JPJ Johor, Taman Daya dan VEP Collection Centre, Woodlands.

Aedy Fadly turut mengingatkan Notis Amaran akan diberi kepada pemilik kenderaan persendirian Singapura sebelum meninggalkan Malaysia sekiranya masih belum memiliki VEP.

Katanya, pendaftaran dan maklumat lanjut berkenaan tag RFID VEP boleh layari melalui laman sesawang https://vep.jpj.gov.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI