fbpx

2 bintang Burnley perkuat Harimau Malaya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BROWNHILL (kiri) dan Flemming (kanan) mewakili Burnley dalam saingan Liga Kejuaraan Inggeris musim ini. - IG STORY JOSHBROWNHILL_

HARIMAU Malaya tidak lagi menoleh ke belakang dan kini sudah mula mengorak langkah untuk mengejar Indonesia dalam pencarian pemain warisan ‘Gred A’ yang berkualiti tinggi beraksi di luar negara dalam misi mencabar di peringkat antarabangsa.

Menerusi perkongsian @frfuturetalents, akaun pencari bakat itu mendedahkan dua bintang Burnley iaitu kapten, Josh Brownhill dan penyerang, Zian Flemming yang sebelum ini hangat diperkatakan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia, didakwa sedang dalam proses dokumentasi.

Brownhill berasal dari England dan pernah mengesahkan mempunyai susur galur Malaysia melalui neneknya sementara Flemming yang dilahirkan di Amsterdam, Belanda, dilaporkan memiliki darah Malaysia daripada sebelah bapanya.

Khabar angin tersebut timbul sehari selepas bintang pertahanan kelab Belanda, Go Ahead Eagles iaitu Mats Deijl menyatakan telah melengkapkan segala dokumen diperlukan untuk diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menyarung jersi keramat Harimau Malaya.

Andai menjadi kenyataan, FAM perlu terus aktif memburu ramai lagi pemain warisan negara berkelas dunia dan tugas itu tampak lebih lancar jika mendapat bantuan daripada semua agensi termasuk pihak kedutaan bagi mengenal pasti keturunan Malaysia di luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI