fbpx

150 sistem ICT agensi kerajaan tidak diketahui pemilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Nushirwan bercakap ketika sesi IKK 2024 di Hotel Marriott Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Tahap sistem teknologi komunikasi maklumat (ICT) di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan persekutuan pada ketika ini disifatkan lemah, sekali gus mendedahkan kepada risiko serangan siber serta dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab dengan mudah.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin turut mendedahkan, hampir 20 peratus daripada keseluruhan 740 sistem ICT berbeza diurus pelbagai badan kerajaan adalah langsung tidak berfungsi.

Menurut beliau, kesemua hampir 150 sistem yang diklasifikasi sebagai ‘dormant’ itu tidak diketahui siapa tuan pemiliknya.

Katanya, ia mencerminkan kurangnya kesedaran terhadap pengurusan data dalam kalangan pegawai kerajaan.

Jelas beliau, salah satu punca kepada masalah itu adalah didakwa wujudnya komplot antara pegawai kerajaan dengan vendor IT (teknologi maklumat), yang membolehkan perolehan dilakukan tanpa penelitian.

“Apabila seseorang SUB (Setiausaha Bahagian) masuk bahagian itu, dia ada kawan vendor yang menjual sistem itu dan mereka ‘kawtim’.

“Jadi tanpa disedari wujudlah sistem berasingan. Akhirnya, kita ada 740 sistem, dan daripada jumlah itu, 150 adalah tidak diketahui,” katanya menerusi sesi rapat umum Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) di sini hari ini.

Indeks baharu tersebut merupakan hasil dapatan soal selidik yang melibatkan seramai 105,663 responden dan berjaya membangunkan sejumlah 77 indikator dengan 230 pemberat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI