fbpx

[VIDEO] ‘Ganjaran besar untuk kebaikan yang kecil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV di China memperlihatkan seorang lelaki menutup penutup lubang kumbahan,

PETALING JAYA – Seorang lelaki di China yang pada awalnya membantu menutup penutup lubang kumbahan di tengah jalan, hampir terlibat dalam insiden tragis apabila tiang lampu tumbang di lokasi dia berdiri sebelum itu.

Menerusi sebuah hantaran di X, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 15 saat itu, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di tepi jalan menunggu giliran untuk menyeberangi jalan.

Beberapa saat kemudian, seorang penunggang motosikal kelihatan melakukan ‘emergency break’ apabila dia menyedari penutup lubang kumbahan di tengah jalan itu separa terbuka.

Walau bagaimanapun, penunggang motosikal tersebut kelihatan terus berlalu pergi tanpa mengambil apa-apa tindakan terhadap penutup lubang yang terbuka itu.

Lelaki yang kebetulan berada di kawasan berdekatan segera bertindak pantas untuk menutup semula penutup lubang itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini kepada pengguna jalan raya lain.

Namun, hanya beberapa saat selepas dia bergerak dari kawasan tersebut untuk memastikan keselamatan pengguna jalan, tiang lampu di tepi jalan itu tumbang dan jatuh tepat di tempat dia berdiri sebelumnya.

Sementara itu, ramai pengguna media sosial yang percaya bahawa tindakannya menolong orang lain adalah penyebab dia terselamat, dan menyifatkan kejadian itu sebagai balasan baik atas kebaikan yang dilakukannya.

“Ganjaran yang besar untuk kebaikan yang kecil benar-benar mengejutkan akal,” komen Beena Khan.

“Kadang-kadang kita tidak tahu berapa banyak masalah yang telah dielakkan oleh perbuatan baik kita. Apa yang dilihat di dalam kamera hanyalah sekilas. Untuk diselamatkan,” komen Beena Khan lagi.

“Perkara yang baik berlaku kepada orang yang berbuat baik, Tuhan melihat segala-galanya,” ujar Mukesh Gehlot. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI