fbpx

[VIDEO] ‘Badan jemaah haji Malaysia tak bau busuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang peniaga dipercayai berbangsa Türkiye mendedahkan, jemaah haji dari Malaysia adalah yang paling dihormati, bahkan badan mereka tidak berbau seperti jemaah haji dari negara lain.

Melalui satu klip video daripada pemilik akaun Saiful Nang, ketika orang Malaysia membeli-belah di kedai peniaga tersebut, mereka memaklumkan berasal dari Malaysia sebelum peniaga itu mengucapkan ‘masya-Allah’.

“Mak saya pernah ke Mekah, dia berkata jika saya berkunjung ke sana, orang Malaysia adalah orang yang paling dihormati dan mereka tidak berbau busuk seperti jemaah lain.

“Badan orang Muslim dari negara lain kebanyakannya berbau, tetapi badan orang Muslim Malaysia lebih baik daripada bau badan orang Islam Türkiye.

“Saya ada ramai rakan Muslim dari negara Arab lain dan mereka akan memuji Muslim kami ( Türkiye) seperti dari Jordan, Lubnan. Mereka akan cakap Muslim kami lebih baik daripada mereka.

“Namun, kami pula cakap orang Islam dari Malaysia termasuk juga Indonesia, mereka lebih baik daripada kami,” jelas lelaki tersebut. – KOSMO! ONLINE

@rarecation Tak sangka ini sebab orang Turki suka jemaah Haji Malaysia! #travel #turki #raretv #rarecation ♬ original sound – Rarecation

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI