fbpx

UMW muktamadkan lanjutan kontrak bersama Pennzoil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara rangkaian produk pelincir Pennzoil.

PETALING JAYA – UMW Pennzoil Distributors Sdn. Bhd. (UMW) mengumumkan lanjutan kontrak dengan rakan kongsinya selama lebih daripada 25 tahun, Pennzoil-Quaker State Company, Houston, Texas, Amerika Syarikat (PENNZOIL). 

Menerusi pelanjutan kontrak tersebut, UMW akan terus bertindak sebagai pengedar rasmi rangkaian penuh produk Pennzoil di Malaysia, Singapura dan Brunei, menawarkan pengguna akses kepada jenama pelincir berprestasi tinggi. 

Ia mengesahkan kepercayaan PENNZOIL terhadap keupayaan UMW untuk bertindak sebagai rakan penyelesaian sehenti di rantau ini, daripada pembelian bahan mentah hinggalah kepakaran pengedaran. 

Unit perniagaan pelincir UMW, yang terkenal dengan kepelbagaiannya portfolionya, mempunyai dua kilang campuran di Malaysia dan China. 

Dengan kapasiti yang diperbesarkan, UMW terus menyediakan pelbagai penyelesaian pelincir dengan harga kompetitif untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk automotif dan industri pelincir.

Pengarah Pembuatan dan Kejuruteraan UMW, Anas Nasrun Mohd. Osman berkata, sambungan itu menyerlahkan komitmen bersama kedua-dua pihak terhadap kualiti dalam industri pelincir dan mengukuhkan kedudukan UMW sebagai salah satu pengedar minyak pelincir premium terkemuka di Malaysia. 

“Kami berharap dapat meneruskan kerjasama ini untuk tahun-tahun mendatang kerana kami menyediakan pelincir terbaik dalam kelasnya pada harga kompetitif untuk pelanggan,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI