fbpx

Tikam teman wanita sebab mahu balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Etnik Rohingya, Fozi Alam diburu polis susulan selepas didakwa menikam teman wanitanya di Taman ACBE, Bahau, awal pagi tadi. - Foto polis

JEMPOL – Gara-gara mahu pulang ke negara asal, seorang wanita Indonesia berusia 40 tahun parah ditikam teman lelakinya etnik Rohingya dalam satu kejadian di Taman ACBE di Bahau, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek Fozi Alam Mohamad Alam, 38, yang melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal jenis SM Sport 110R dengan nombor plat NDL 8309.

Menurutnya, kira-kira pukul 5.30 pagi, polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki mengenai kejadian pergaduhan di sebuah rumah di taman tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi di rumah berkenaan. Suspek bertindak memukul mangsa dan mengambil sebilah pisau lalu menyerang mangsa.

“Punca kejadian disebabkan suspek tidak bersetuju dengan hasrat mangsa hendak pulang ke Indonesia. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, bahu kiri dan perut dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.

Sehubungan itu, polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Jempol di talian 06-4582222, Bilik Gerakan di talian 06-4583449, atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ardie Robert di talian 018-4666374. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI