fbpx

Syarikat warga Bangladesh bawa masuk pekerja asing sebagai pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam berucap pada Persidangan Penyelidikan Kebangsaan Mengenai Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah Ke-3 di Bangi, Selangor, hari ini

BANGI – Siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati syarikat yang dipercayai terbabit dalam modus operandi ‘counter setting’ tidak mempunyai sistem bagi sebarang urusan keluar masuk pekerja warga Bangladesh ke negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, syarikat yang dimiliki warga Bangladesh berkenaan mengambil pekerja asing masuk ke negara ini sebagai pelancong dan kemudian lesap begitu saja.

“Syarikat ini nampaknya tidak mempunyai apa-apa sistem di Malaysia, tetapi jadi orang tengah bawa pekerja ke sini. Sukar juga untuk kita siasat, kesan dokumen mereka dan berapa ramai sudah dibawa masuk.

“Sebab itu tindakan membawa masuk pekerja asing seperti dari Nepal, Vietnam, Indonedia serta Bangladesh perlu menggunakan sistem yang membolehkan kita menjejaki dan boleh dikesan pekerja yang masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Pelancaran Persidangan Penyelidikan Kebangsaan Mengenai Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah Ke-3 yang dirasmikan oleh Ketua Setiuasaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di sini, hari ini.

Azam berkata, SPRM sedang mendapatkan bukti menerusi akaun syarikat berkenaan sama ada terdapat bukti pembayaran kepada mana-mana pihak berkuasa dalam siasatan kes ‘counter setting’ berkenaan.

Mengulas lanjut katanya, pihak mereka sedang melengkapkan siasatan terhadap 50 penguat kuasa yang ditahan kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing berkenaan.

“Siasatan ke atas 50 orang itu sedang disiapkan. Tunggu untuk kita umumkan sama ada ada pertuduhan atau tidak,” katanya.

SPRM sebelum ini mengesahkan seramai 60 individu termasuk 50 pegawai agensi penguat kuasa bersekongkol dalam kegiatan ‘counter setting’ di pintu negara telah ditahan.

Semua suspek ditahan menerusi Op Pump, Op Pump 2.0 dan Ops Setting yang dijalankan sejak 20 Ogos lalu.

Daripada jumlah 50 pegawai penguat kuasa yang ditahan, seramai 49 orang adalah pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang lagi merupakan anggota wanita daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat sarjan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI