fbpx

Sultan Selangor disembah maklum permohonan ampun Muhammad Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah disembah maklum dengan surat permohonan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Menerusi kenyataan Facebook Selangor Royal Office, surat bertarikh semalam antaranya membuatkan permohonan ampun atas kenyataan Muhammad Sanusi seperti yang telah dipertuduhkan terhadap beliau di Mahkamah yang dianggap menghina dan tidak menghormati Sultan Sharafuddin.

“Beliau (Muhammad Sanusi) turut mengakui bahawa kenyataannya itu telah menimbulkan rasa tidak selesa dan telah menguris hati dan perasaan Sultan Sharafuddin.

“Muhammad Sanusi juga benar-benar kesal atas segala kesan negatif yang telah timbul daripada kenyataan tersebut,” katanya.

Berdasarkan hantaran tersebut memaparkan isi kandungan penuh daripada surat daripada Muhammad Sanusi berhubung permohonan ampun berkenaan.

Kosmo! semalam melaporkan, Muhammad Sanusi membuat permohonan ampun secara terbuka kepada Sultan Sharafuddin.

Permohonan ampun Menteri Besar tersebut berkaitan kenyataan beliau pada 11 Julai tahun lalu di Taman Selayang Mutiara dalam Daerah Gombak, Selangor yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Ia adalah permohonan ampun pertama Menteri Besar tersebut yang dibuat secara terbuka.

Pada 29 Februari lalu, Muhammad Sanusi mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas dua tuduhan menyebut perkataan menghasut berkaitan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara Kampung Bendahara, Gombak pada pukul 11 malam, 11 Julai tahun lalu.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) merangkap Ketua Jabatan Pilihan Raya Pas didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI