fbpx

Suami degil tak nak lafazkan talak, isteri boleh teruskan perceraian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syazmee berkongsi keadaan yang perlu dilalui si isteri sekiranya ingin menuntut cerai daripada suami.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini ramai golongan isteri mengeluh apabila mereka digantung tidak bertali selepas ditinggalkan atau dibiarkan oleh pasangan, namun masih terikat dengan hubungan perkahwinan gara-gara si suami enggan melafazkan talak.

Peguam syarie, Syazmee Sapian tampil berkongsi tindakan yang seharusnya diambil oleh golongan isteri apabila suami enggan melafazkan talak meskipun sudah difailkan permohonan perceraian di mahkamah.

“Kalau kes permohonan perceraian yang perempuan (isteri) failkan, suami dah la tak nak lafaz cerai, suami tak nak datang mahkamah. Adakah tak boleh teruskan bercerai?

“Jangan khuatir, hadir sahaja ke mahkamah, ada prosiding yang dipanggil perbicaraan atau kes diteruskan secara sebelah pihak,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Menurut Syazmee, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh isteri dalam menuntut perceraian daripada suami.

“Pertamanya, saman perlulah diserahkan secara kediri. Kedua, saman telah pun disempurnakan mengikut penyampaian ganti.

“Kemudian kalau masih lagi mahkamah dah bagi ruang kepada suami untuk hadir, tak hadir juga ataupun suami tak nak lafazkan cerai akan diteruskan kes kepada prosiding seterusnya,” jelasnya.

Tambahnya, sekiranya si suami masih enggan melafazkan cerai terhadap isteri, maka ia perlu melalui prosiding seterusnya sebelum mahkamah memutuskan status akhir perkahwinan mereka.

“Kalau dalam kes permohonan perceraian, akan ada nanti prosiding jawatankuasa pendamai, prosding hakam keluarga dan terakhir kalau suami masih tak nak lafazkan cerai, tiada masalah kita akan pergi ke prosiding iaitu hakam panel.

“Prosiding ini yang mana sekiranya puan-puan masih lagi nak bercerai, maka hakam panel bagi pihak suami yang akan lafazkan cerai,” terangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI