fbpx

SPRM tidak siasat GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BANGI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak terlibat dalam penyiasatan ke atas syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) kerana tiada melibatkan unsur salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kes itu disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

“SPRM tidak akan terlibat dalam penyiasatan GISBH. Ini melibatkan pihak polis dan Jakim kerana isu-isu yang saya lihat adalah isu tentang fahaman, pengubahan wang haram.

“Ini lebih kepada penyiasatan pihak polis. Jadi SPRM tidak akan campur tangan dalam siasatan ini. Kalau (didakwa) salah guna kuasa, dia (GISBH) bukan ada kuasapun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Persidangan Penyelidikan Kebangsaan Mengenai Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah Ke-3 yang dirasmikan oleh Ketua Setiuasaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI