fbpx

Serangan gajah: Syafik kerja di kampung sebab nak jaga ibu sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nursharina menunjukkan gambar kenangan ketika majlis persandingan dengan suaminya dua tahun lepas.

MERSING – Tukang kebun yang maut selepas diserang gajah liar di belakang Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Tenggaroh 5 di sini baru beberapa bulan berpindah ke kampung untuk menjaga ibunya yang uzur.

Isteri, Nursharina Mohd Zen, 28, berkata, suaminya, Mohamad Syafik Yakob, 31, sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di Gelang Patah.

Katanya, dia sekeluarga menyewa di sana sebelum suaminya mengambil keputusan berpindah ke Felda itu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Kami pindah di sini sebab mak sakit, suami mahu jaga maknya yang alami strok. Selepas balik kampung, lama juga dia mencari kerja dan di sekolah itu dia baru bekerja kira-kira tiga bulan,” katanya ketika ditemui di kediaman mentuanya di Felda Tenggaroh Timur 1, di sini hari ini.

Ibu kepada seorang anak itu berkata, kali terakhir dia melihat suaminya itu pagi tadi sebelum dia ke tempat kerja.

“Pagi ini dia berkelakuan agak pelik biasanya sebelum ke tempat kerja dia akan maklum dahulu, namun hari ini dia keluar kerja tanpa berkata apa-apa tidak jumpa anak mahupun saya.

“Namun malam tadi dia sempat bermain bergurau dengan anak kami yang berusia 11 bulan. Sepanjang bekerja di sekolah itu dia tidak ada bercerita apa-apa pasal terlihat atau terjumpa gajah liar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, akibat serangan gajah itu mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian leher kiri dan dada kiri serta meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tenggaroh 2.

Katanya, seorang lagi mangsa mengalami kecederaan di kepala, pendarahan dalam perut dan patah tulang pinggul serta dikejarkan ke Hospital Mersing sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja kontrak pembersihan sekolah didapati bertindak menghalau seekor gajah liar dari mendekati kawasan sekolah sebelum diserang gajah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI