fbpx

‘Sedap mulut, sel lidah dia tak berhubung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAEZAH ELAI

MINGGU ini hangat cerita mengenai Masterchef Indonesia musim kelima, Stefani Horison yang sedap mulut mendakwa nasi kandar Malaysia rasa berpasir dan tidak asli.

Stefani yang membuka kedai makan di Tangerang, Indonesia menjual nasi kandar menggunakan resipi sendiri memang teruk dikecam.

Perkara tersebut turut menarik perhatian pelakon Faezah Elai yang berasa pelik dengan keberanian personaliti masakan itu mengakui hasil air tangannya lebih sedap dan menggunakan rempah semula jadi.

Sebagai anak jati Pulau Pinang dan berdarah campuran Punjabi serta Thailand, boleh nampak betapa Faezah geram dengan kenyataan dikeluarkan pemilik restoran berusia 27 tahun itu.

Susulan perkongsian video Stefani yang menunjukkan kuah nasi kandarnya cair tidak seperti di Malaysia, Faezah mendakwa sel lidah wanita itu tidak berfungsi.

“Sel-sel lidah dia tak berhubung dah aku rasa ni,” katanya menerusi laman sosial yang buat ramai pengikutnya terhibur.

MIZZ LAHAR: Mesti ramai nak rasa nasi kandar asli kuah cair Stefani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI