fbpx

Rumah Orang Asli ikut cita rasa, budaya mereka – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID bersalam dengan Tok Batin di dalam Majlis Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, Kluang hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

KLUANG – Pembinaan rumah bagi menempatkan masyarakat Orang Asli akan dibina mengikut cita rasa dan budaya kaum berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan beliau satu kertas kerja berkaitan pembinaan rumah tersebut selepas Mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

“Perdana Menteri telah memberikan satu kertas kerja kepada saya dan saya telah serahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Apa yang Perdana Menteri mahukan dan mengarah kepada saya bahawa rumah-rumah Orang Asli mesti didirikan sesuai dengan cita rasa mereka dan mengikut budaya dan latar belakang.

“Perkara itu katanya dipersetujui secara dasar dan satu sesi penerangan akan dilakukan kepada semua Tok Batin di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada Program Tautan Kasih Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut mengarahkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meluaskan jalan masuk ke kampung berkenaan.

“JKR kena buat itu nanti. Ini bukan janji pilihan raya, ini perintah. Tok Mat (Ahmad) jaga Orang Asli ini, peruntukan abang bagi. Adik buat (jalan) bagi kereta yang masuk ke sini boleh selisih.

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan jabatan-jabatannya amat prihatin kepada Orang Asli dan insya-Allah apabila Akta Orang Asli 1954 ini siap akta baru, dasar pembangunan Orang Asli ini saya yakin kehidupan mereka akan terus bertambah lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI