fbpx

Remaja Eropah ketagih media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan remaja menggunakan telefon pintar a di Marseille, Perancis, pada 27 Jun 2022. - AFP

COPENHAGEN – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran berhubung peningkatan mendadak bagi gejala ketagihan melibatkan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja Eropah, sekali gus membahayakan kesihatan mental mereka.

Gejala ketagihan yang dikaji termasuk ketidakupayaan untuk mengawal penggunaan, mengabaikan aktiviti lain kerana lebih menumpukan penggunaan media sosial atau melihat akibat negatif dalam kehidupan seharian.

“Ia terbukti membawa kepada kemurungan, buli, kebimbangan dan prestasi akademik yang lemah,” kata Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge dalam satu kenyataan. 

Pada 2022, 11 peratus remaja (13 peratus perempuan dan sembilan peratus lelaki) menunjukkan tanda-tanda ketagihan media sosial berbanding hanya tujuh peratus pada empat tahun sebelumnya, kata WHO Eropah.

Ia memetik data daripada 280,000 remaja berumur 11, 13 dan 15 tahun dari 44 negara di Eropah, Asia Tengah serta Kanada.

Fenomena itu paling lazim dalam kalangan remaja perempuan Romania berumur 13 hingga 15 tahun, dengan 28 peratus daripadanya terjejas.

Ia paling kurang berlaku dalam kalangan remaja lelaki Belanda, di mana hanya tiga peratus mencatatkan gejala sedemikian.

Selain itu, satu pertiga daripada remaja bermain permainan online setiap hari, dengan 22 peratus daripada mereka bermain selama sekurang-kurangnya empat jam, demikian menurut WHO.

Tambahnya, 12 peratus daripada keseluruhan responden juga berisiko terlibat dalam kegiatan perjudian, dengan remaja lelaki adalah yang paling ramai terjejas iaitu 16 peratus. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI