fbpx

PRK Mahkota: Cuaca pagi diramal baik hari mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca pada hari membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Kluang, Johor, Sabtu ini diramalkan dalam keadaan baik dan cerah di sebelah pagi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, di sebelah petang pula, hujan lebat berserta ribut petir dijangka melanda kawasan terlibat.

Menurut MetMalaysia, suhu harian sepanjang Sabtu itu dianggarkan sekitar 23 hingga 33 darjah Celsius.

Terdahulu, PRK DUN Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat pendarahan dalaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 14 September lalu dan pengundian awal pada 24 September, manakala hari pengundian pada 28 September.

Barisan Nasional (BN) mewakili Kerajaan Perpaduan menampilkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, sebagai calon manakala Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan bekas jurulatih dan pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar, 61. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI