fbpx

PNB sokong rangka kerja baharu Suruhanjaya Sekuriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman Ahmad

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengalu-alukan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Nasional (NSRF) yang baru dilancarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

NSRF bertujuan meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti tentang cara perniagaan mengurus risiko dan peluang kemampanan, meningkatkan daya tahan menyumbang kepada agenda kemampanan negara yang lebih meluas.

NSRF dibangunkan sejajar dengan Piawaian Pendedahan Kemampanan IFRS yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa (ISSB), khususnya IFRS S1 Keperluan Am untuk Pendedahan Maklumat Kewangan berkaitan Kemampanan dan IFRS S2 Pendedahan Berkaitan Iklim, menetapkan garis dasar yang kukuh untuk pelaporan kemampanan.

Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya mengiktiraf kepentingan rangka kerja berkenaan dalam memupuk ketelusan dan akauntabiliti dalam pelaporan kemampanan.

“Kami percaya bahawa NSRF akan memainkan peranan penting dalam memacu daya saing sektor korporat Malaysia pada peringkat global ke arah masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan.

“Susulan pelancaran NSRF, PNB akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat pelaburan kami serta syarikat tersenarai yang PNB mempunyai kepentingan di dalamnya bagi memastikan mereka memenuhi keperluan pendedahan yang ditetapkan di bawah NSRF tepat pada masanya,” tambah beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI