fbpx

PN ketandusan idea, tuduh calon BN ada rekod jenayah – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID (dua dari kanan) berbincang sesuatu dengan Syed Hussein ketika hadir dalam Majlis Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah, Runtuh, Kluang, hari ini.

KLUANG – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya calon Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod jenayah lampau.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata, tuduhan itu membuktikan Perikatan Nasional (PN) sudah kekeringan modal untuk berkempen dan hanya semata-mata untuk menghilangkan keyakinan pengundi.

Ujarnya, hasil daripada semakan pihaknya mendapati tiada rekod jenayah seperti di gembar-gemburkan pembangkang malah kejadian itu berlaku ketika Syed Hussien Syed Abdullah berusaha untuk membantu seorang orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan.

“Syed Hussien tidak ditangkap polis apatah lagi diheretkan ke mahkamah. Ini membuktikan mereka ketandusan isu maka mereka mencari isu peribadi untuk menghilangkan keyakinan pengundi kepada calon.

“Keadaan ini dilakukan apabila mendapati setiap kempen yang dijalankan tidak mendapat sambutan khususnya daripada pengundi di DUN Mahkota,” katanya ketika hadir dalam Majlis Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan, Jawatankuasa Penerangan BERSATU Pusat, Badrul Hisham Shaharin mendakwa calon BN mempunyai tiga rekod jenayah yang dikatakan berlaku pada tahun 2007.

Susulan, beliau yang lebih dikenali sebagai Che’gu Bard menuntut penjelasan daripada UMNO berkaitan laporan yang dinyatakannya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI