fbpx

Pendakwah selebriti dituduh terima gelaran tidak diiktiraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Husam (tengah) tersenyum selepas membayar ikat jamin di Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang pendakwah selebriti dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Husam Muhamad Baderudin, 34, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menerima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf daripada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di Kangar kira-kira pukul 11.30 malam, 4 Mei 2023.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 4A (6) enakmen sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM250,000 hingga RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu ketika prosiding, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM50,000, namun peguam tertuduh, Nur Iman Nor Azmi dan Nur Amin Nor Azmi memohon ikat jamin tersebut dikurangkan pada kadar minimum.

Dalam hujahannya, peguam tertuduh menyatakan Ahmad Husam menanggung seorang isteri dan anak. Tertuduh juga menghidap penyakit asma dan gout serta bergantung kepada ubat.

Hakim Sharifah Norazlita kemudian menetapkan ikat jamin berjumlah RM25,000 dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Beliau turut menetapkan sebutan semula kes pada 28 Oktober depan dan tertuduh membayar ikat jamin ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI