fbpx

Pencemaran: 5 termasuk pengarah syarikat dituduh di Kota Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA individu termasuk pengarah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebabkan pencemaran di kawasan Kampung Orang Asli Pasir Intan, baru-baru ini.

KOTA TINGGI – Lima tangkapan kes pencemaran di kawasan Kampung Orang Asli (KOA) Pasir Intan akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, polis kontinjen Johor mengesahkan selesai menjalankan siasatan berhubung kes pembuangan sisa kilang di lombong kampung Orang Asli tersebut yang menjejaskan kesihatan penduduk serta kemudaratan kepada penyenggaraan pengairan perkhidmatan air di kawasan itu.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat peguam negara pada 24 september 2024 dan menerima arahan pertuduhan kesalahan di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan iaitu melakukan sabotaj.

“Seramai tiga tangkapan lelaki warga tempatan berusia antara 23 tahun hingga 52 tahun akan dituduh di bawah seksyen tersebut.

“Dua lagi tangkapan yang merupakan pengarah serta pemegang saham sebuah kilang beralamat di Seri Alam berusia 41 tahun dan 53 tahun akan dituduh di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan di baca bersama Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat melakukan sabotaj,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, kesalahan di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan merupakan satu kesalahan terhadap negara sebagaimana bahagian VI Kanun Keseksaan.

Menurutnya, empat orang lagi lelaki warga tempatan yang ditangkap akan dibebaskan dengan bon jaminan di bawah peruntukan Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebagai saksi pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI