fbpx

Pemuda maut langgar lampu isyarat merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Axia selepas dirempuh mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC di simpang empat Lebih AMJ, Melaka.

MELAKA – Seorang pemuda maut selepas dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta di simpang empat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) – Bachang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, mangsa berusia 23 tahun yang bekerja sebagai pelayan kedai makan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC itu dalam perjalanan dari Jalan Tun Perak menghala ke Bachang.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai melanggar lampu isyarat merah lalu sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki berusia 43 tahun yang datang dari arah Malim.

“Dia mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Melaka, namun disahkan doktor meninggal dunia pada pukul 6.45 petang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI