fbpx

‘Pakar’ aksi piala mahu lepas geram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GALLIFUOCO (kanan) enggan rakan-rakannya memandang rendah kemampuan Borneo menjelang aksi di Cheras malam ini. - AMIR KHALID

KETUA jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City), Miroslav Kuljanac optimis dapat melakar kejutan dengan meraih kemenangan kedua pada Kejuaraan Kelab Asia Tenggara (ACC) menentang Borneo Samarinda di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Menurut Kuljanac, kekalahan mengejut kepada Perak FC dalam saingan Liga Super minggu lalu membuka ruang buat pasukannya untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Kuljanac berkata, saingan ACC sememangnya berbeza dengan aksi domestik dan semua pemain kini fokus untuk memberikan yang terbaik dalam usaha melakar keputusan positif di laman sendiri.

“Moral pemain ketika ini cukup baik kerana ini adalah kejohanan yang berlainan. Cuma, beberapa kelemahan yang ada sebelum ini terutama dari aspek penyudah perlu diperbaiki.

“Saya gembira beberapa tonggak utama di jentera serangan sudah pulih seperti kapten, Paulo Josue dan Haqimi Azim juga cergas sekali gus memberi kami lebih banyak pilihan.

“Apa yang pasti, saya mahu pemain waspada dengan ancaman bakal diberikan oleh Borneo kerana mereka memiliki pasukan yang berkualiti dan cukup konsisten dalam saingan liga di Indonesia,” katanya pada sidang media semalam.

Tonggak pertahanan The City Boys, Giancarlo Gallifuoco sememangnya ‘pakar’ dalam saingan bertaraf piala selepas mara ke pentas final pada tiga kejohanan dari 2021 hingga 2023.

“Kami suka apabila digelar antara pakar dalam saingan bertaraf piala. Kita berjaya beraksi di tiga pentas final tiga tahun berturut-turut dan ia sukar dilakukan oleh mana-mana pasukan kecuali Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Justeru, saya harap kami mampu berikan cabaran yang diharapkan pada saingan ACC kali ini sama seperti yang pernah dilakukan pada kempen Piala AFC 2022 yang lepas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI