fbpx

Najis manusia setinggi 10 meter hujani kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LETUSAN paip tangki najis di Guangxi. - Foto Facebook

BEIJING – Sebatang paip tangki septik pecah di jalan raya yang sedang dalam pembinaan di Guangxi, China menyebabkan letusan setinggi lebih 10 meter, lapor portal berita MSNews hari ini.

Kejadian itu berlaku semalam dan hampir memecahkan cermin belakang sebuah kereta.

Rakaman video kamera papan pemuka sebuah kenderaan dari arah bertentangan turut merakamkan najis yang menghujani kereta.

Menurut Biro Pengurusan Kecemasan Perbandaran Nanning, kejadian itu berpunca daripada saluran paip tangki septik yang pecah.

Bagaimanapun, tiada sesiapa cedera dalam letusan itu.

Selepas menerima laporan orang ramai, pasukan pekerja pembersihan dihantar ke tempat kejadian.

Ramai netizen memberi komen mengulas ia merupakan kejadian menjijikkan.

Ada juga yang bergurau dengan menulis bau najis boleh dihidu melalui skrin tayangan kejadian itu. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI