fbpx

Mayat lelaki bertatu ‘AK47’ ditemui di Telok Kemang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang mencari waris seorang lelaki mangsa lemas yang ditemui di Pantai Batu 9, Telok Kemang, kelmarin.

PORT DICKSON – Polis mencari waris seorang lelaki yang ditemui lemas di Pantai Batu 9, Telok Kemang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan menjumpai mayat lelaki di pantai berkenaan.

Siasatan awal mendapati mayat itu dijumpai dalam keadaan terapung dan dibawa arus dari tengah laut ke pesisir pantai.

“Mayat itu lengkap berpakaian baju t-shirt hitam dan berseluar jeans hitam dalam keadaan terlentang. Pemeriksaan pada tubuh si mati menjumpai wang di dalam poket seluar namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit dijumpai.

“Tiada sebarang unsur jenayah dan kes kematian mangsa. Siasatan mendapati mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang mempunyai tanda suntikan BCG pada lengan kiri dan tatu bercorak senjata ‘AK47 di leher,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI