fbpx

Masih ada yang degil gajikan PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohamed Saupee ketika mengikuti Kursus Latihan Kemahiran Menembak Siri 2 Tahun 2024 di Lapang Sasar Menembak Shapadu, Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk majikan jika didapati menggajikan atau melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 120 majikan telah ditahan di sekitar Kuala Lumpur, bermula Januari sehingga 19 September tahun ini.

Katanya, tindakan ke atas majikan diambil mengikut Seksyen 55B, Seksyen 56 (1)(D) dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Tindakan ini diambil hasil aduan awam dan risikan. Bagi tempoh ini sebanyak 1,170 operasi telah dilaksanakan ke atas pelbagai premis.

“Seramai 6,391 individu telah diperiksa dan menghasilkan tangkapan PATI seramai 2,084 orang,” katanya kepada pemberita selepas Kursus Latihan Kemahiran Menembak Siri 2 Tahun 2024 di Lapang Sasar Menembak Shapadu di sini, hari ini.

Menerusi program itu, Kosmo! antara 18 pengamal media yang diberi peluang mengendalikan senjata CZ P-09 bagi acara Falling Plate sejauh 20 meter.

Tegas beliau, pemilik-pemilik premis dan majikan diingatkan bahawa melindungi PATI atau membenarkan PATI memasuki dan berada di dalam premis mereka adalah satu pelanggaran undang-undang negara yang boleh menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.

“Kita amat peka dengan kebimbangan orang awam mengenai kebanjiran PATI di Kuala Lumpur,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI