fbpx

KPKT anjur program pembersihan berskala mega Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming melawat pusat kitar semula pada majlis pra-pelancaran Hari Cuci Malaysia : Program Pembersihan Mega Sempena World Cleanup Day 2024 di FIKS, Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) buat julung kalinya menganjurkan program pembersihan berskala mega yang akan diadakan di seluruh negara pada Sabtu ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, sambutan Hari Cuci Malaysia: Program Pembersihan Mega itu diadakan bersempena World Cleanup Day 2024.

“Program pembersihan mega yang berpusat di Pasar Seni, Kuala Lumpur akan diadakan serentak di seluruh negara pada Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam (iaitu) selama 12 jam.

“Selain gotong-royong, turut diadakan karnival mini, sesi perkongsian maklumat dan pameran mengenai sustainable living dan ekonomi kitaran, flee market dan lain-lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Pra Pelancaran Sambutan Hari Cuci Malaysia 2024 di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program pembersihan mega tersebut melibatkan 156 pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan berkonsepkan gotong-royong antaranya melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, pembersihan dan penutupan tapak sampah haram, kempen kitar semula, kempen hindar plastik sekali guna serta cucian premis.

Jelasnya, selain kerja-kerja pembersihan, tiga rekod The Malaysia Book of Records akan turut dicipta dan dipecahkan iaitu bilangan penyertaan teramai serentak di seluruh negara, jumlah kutipan sisa pepejal terberat (sisa isi rumah) dan masa gotong-royong paling lama.

“Kita sasarkan sehingga 50,000 penyertaan termasuk semua agensi dibawah KPKT sepanjang gotong-royong selama 12 jam itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI