fbpx

Jangan rebut kebahagiaan wanita lain – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Mimi Lana mengundang perhatian ramai apabila memuat naik status mengenai orang ketiga atau penyondol.

Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, menegaskan wanita tidak perlu merebut kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri sendiri.

“Kita perempuan biar muka tak cantik tetapi yang penting kita tidak merebut kebahagiaan wanita lain,” katanya menerusi Instagramnya.

Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Perempuan Itu turut menggunakan lagu Jeritan Hati dengan menyertakan tanda pagar #Andaitiadadia yang merujuk kepada sebuah naskhah yang sedang menjalani penggambaran.

Bagaimanapun, Mimi tidak memperincikan motif mahupun tujuan hantaran tersebut dimuat naik.

Dalam masa sama, rakan selebriti lain turut bersetuju dengan kenyataan pelakon asal Taiping, Perak itu.

“Suka kapsyen,” tulis Bella Astillah.

“Suka kapsyen dan awak,” ujar Eyka Farhana.

“Tabik dan 100 peratus setuju dengan kapsyen,” tutur Nana Sheme.

Sebelum ini, Mimi dan Syafiq Kyle pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun, namun impian menjadi suami isteri tergendala apabila mereka membatalkan majlis pernikahan pada 18 Ogos tahun lalu.

Tanpa sebarang alasan majlis berkenaan dibatalkan pada 11 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, pasangan terbabit kini masih menjalin hubungan baik, selain tetap bergandingan menjayakan beberapa projek komersil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI