fbpx

[VIDEO] Isteri minta cerai tanpa ada kesalahan suami, haram masuk syurga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi satu sesi ceramahnya, menjelaskan tentang situasi isteri yang meminta cerai daripada suami tanpa sebab munasabah.

Ustaz Azhar turut menerangkan tentang hadis Nabi Muhammad SAW berkenaan wanita meminta cerai daripada suami tanpa ada kesalahan atau kejahatan yang dilakukan pasangan tersebut.

“Nabi kata, mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu.

“Belum kena cerai lagi, minta cerai sahaja, maka tertutup pintu syurga. Banyaknya bini (isteri) minta cerai ini akhlak dia tak molek (bagus),” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar turut menitipkan nasihatkan kepada kaum hawa untuk kekal bersabar demi menjaga keharmonian perkahwinan mereka.

Walau bagaimanapun, katanya, terdapat lima perkara yang membolehkan seseorang isteri itu meminta cerai daripada suami.

“Melainkan lima perkara boleh minta cerai. Nombor satu, suami tak beri nafkah. Nombor dua, suami larang buat yang wajib, larang sembahyang, larang turup aurat.

“Nombor tiga, suami suruh buat yang haram. Ajak liwat, berjudi, ajak minum arak dan sebagainya. Nombor empat, suami dera, sepak terajang, ‘flying kick’ atas muka. Nombor lima, suami kena penjara. Kebanyakan negeri di Malaysia minima tiga tahun penjara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

@insan_marhaen Mintak cerai tanpa sebab #ustazazharidrus #insanmarhaen #fyp #rumahtangga ♬ original sound – Insan marhaen

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI