fbpx

Ibu tampar guru hamil, dakwa anak dibuli di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG ibu menampar guru hamil di sebuah sekolah di Nonthaburi. - Foto Facebook

BANGKOK –  Seorang ibu dituduh menampar guru yang hamil selepas dia didakwa membuli dan mengaibkan anak perempuannya di sebuah sekolah di Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Kedua-dua wanita itu membuat laporan polis susulan kejadian tersebut di wilayah Nonthaburi.

Rakaman video kejadian menunjukkan seorang wanita dikenali sebagai  Phakaporn, dilihat menyerang secara fizikal guru hamil itu.

Phakaporn melawat sekolah tersebut dan meminta anak perempuannya yang berusia 14 tahun untuk mengenal pasti guru yang mempunyai masalah dengannya.

Anak perempuannya menunjuk ke arah guru yang memakai skirt dan Phakaporn segera mendekati dan menamparnya. 

Guru itu kemudian melaporkan serangan itu kepada polis.

Phakaporn dalam temu bual bersama saluran televisyen Channel 7 semalam memberitahu,  anaknya telah menghubunginya dan mendakwa guru itu menghina pelajar tersebut dengan menghamburkan kata-kata kesat di hadapan ramai rakan sekelas,  menyebabkan dia  sangat malu.

Sementara itu, Phakaporn dan anak perempuannya membuat laporan di balai polis yang sama dan  menuduh guru itu tidak beretika dan menyakiti perasaan anak perempuannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI