fbpx

Hubungan Malaysia-Singapura tidak patut digugat isu berbangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR ketika berucap  pada Majlis Invest Malaysia Where Policy Meets Progress di Hotel Sunway Big Box, Iskandar Puteri, hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, hubungan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Singapura tidak seharusnya digugat dengan sebarang isu berbangkit antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan baik, jadi sebarang isu berbangkit perlu diselesai secara rundingan bagi mendapatkan manfaat menang-menang kepada semua pihak.

“Memang ada isu dengan negara jiran, itu perkara biasa kerana semua negara ada masalah dengan jiran mereka. Tetapi ini bukan suatu perkara yang boleh menyebabkan berlaku ketegangan,” katanya ketika berucap pada program Invest Malaysia: Where Policy Meets Progress di Hotel Sunway Big Box, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Anwar menegaskan pentadbirannya teruja untuk mengadakan kerjasama ekonomi dengan republik berkenaan melalui inisiatif seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Malaysia bertuah kerana telah merekodkan pertumbuhan ekonomi positif dalam suku pertama, kedua dan ketiga tahun ini. Ringgit juga sedang mengukuh selain Bursa Malaysia mengatasi bursa negara-negara lain di rantau ini.

“Rantau ASEAN menempatkan seramai 680 juta penduduk dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) USD 3.5 trilion, dan ia mempunyai potensi untuk berkembang berkali-kali ganda pada masa depan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi komitmen pentadbirannya dalam melakukan transformasi kerajaan sekali gus memerangi jenayah rasuah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI