fbpx

Dilamar jadi penyanyi, Ira Kazar bakal bikin single

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRA Kazar bukan sahaja banyak menerima tawaran mengulas produk tetapi turut dilamar menjadi penyanyi.

GOMBAK – Perceraian dengan pengarah sensasi Syamsul Yusof telah membuka peluang baharu buat Ira Kazar apabila dia ditawarkan untuk menjadi penyanyi.

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, berkata, dia bakal muncul dengan single selain rancak menerima tawaran mengulas produk.

“Buat masa ini saya ada juga ditawarkan kerja sikit-sikit. Pelawaan berlakon tiada tetapi menyanyi ada dapat tawaran.

“Kebanyakan kerja yang saya terima adalah membuat ulasan produk. Insya-Allah kalau ada rezeki saya akan keluarkan single nanti,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat, semalam.

Mengakui berada dalam keadaan baik setelah kembali solo, anak kepada aktor Kazar Saisi itu turut berterima kepada kepada khalayak kerana memuji penampilanya yang dilihat semakin cantik.

“Alhamdulillah, semuanya okay saja. Betulkah saya makin cantik? Saya tiada komen mengenai itu.”

“Cuma, terima kasih atas komen tersebut. Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Ira hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi prosiding tuntutan kos kehadiran daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang disebut Syamsul terhadap Ira ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Syamsul dan Ira kemudiannya disahkan bercerai oleh mahkamah pada hari yang sama.

Menurut peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

Terdahulu, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di mahkamah sama pada 16 Ogos lalu atas sebab tiada persefahaman.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI