fbpx

Cinta bertahan 3 bulan, lelaki mengamuk ceroboh rumah bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah kekasih kepada suspek yang dirosakkan di Taman Melawati, Ampang, 18 September lalu.

AMPANG – Hanya kerana percintaan selama tiga bulan tidak mahu diteruskan kekasih, seorang lelaki nekad mengugut dan menceroboh kediaman keluarga bekas teman wanitanya di Taman Melawati, di sini, 18 September lalu.

Bagaimanapun, lelaki tempatan yang juga penganggur berusia 31 tahun itu ditahan pihak polis di Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu berlaku apabila suspek menceroboh rumah keluarga kekasihnya dan membaling batu ke arah tingkap bilik mangsa.

Katanya, suspek memasuki rumah itu dengan memecahkan pintu kaca di belakang rumah menggunakan besi dumbel kemudian ke ruang tamu sambil menjerit nama wanita terbabit.

“Mangsa masuk ke biliknya dan menyembunyikan diri di dalam tandas sambil menghubungi polis, pada masa sama suspek menggunakan besi dumbel cuba memecahkan pintu bilik itu tetapi tidak berjaya.

“Suspek kemudian menyelinap masuk ke bilik itu melalui balkoni dengan memecahkan tingkap bilik dan mengugut mangsa sebelum beredar,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati motif kejadian berlaku disebabkan mangsa tidak mahu lagi meneruskan hubungan percintaan dengan suspek selepas bersama hampir tiga bulan.

“Anggaran kerosakan rumah keluarga mangsa akibat perbuatan suspek itu dianggarkan RM20,000.

“Polis menahan suspek sekitar pukul 5.50 petang semalam di Petaling Jaya dan semakan mendapati suspek nempunyai 13 rekod lampau jenayah tidak dikehendaki an satu rekod masih dikehendaki,” katanya.

Katanya, reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427, Seksyen 448 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI