fbpx

Beras Jepun dijual RM450 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kinmemai Premium dijual dalam peket 140 gram. – Toyo Rice

TOKYO – Sejenis beras ‘artisanal’  dari Jepun menempa nama dalam Guinness World Records sebagai beras termahal dunia dan dijual pada harga mencecah AS$109 (RM450) untuk satu kilogram, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Beras Kinmemai Premium keluaran syarikat Toyo Rice Corporation dikatakan mempunyai nilai khasiat yang unggul berbanding beras konvensional, serta rasa kekacang yang lazat. Ia juga tidak perlu dibilas dalam air sebelum dimasak.

Beras tersebut  kelihatan seperti berlian kecil berikutan proses penggilapan dipatenkan. Ia  menghilangkan lapisan lilin yang tidak boleh dimakan.

Kinmemai Premium dipilih sendiri oleh pakar Toyo Rice, manakala petani dibayar kira-kira lapan kali ganda daripada harga biasa untuk menghasilkan hanya beras  terbaik.

Diiklankan sebagai ‘beras terbaik dunia’, Kinmemai Premium dijual dalam paket 140 gram.

Ia menempa rekod dunia untuk beras paling mahal pada 2016 pada harga AS$109 sekilogram, namun inflasi telah melonjakkan harganya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI